Thursday, October 3, 2013

Do not do like this at school!

Malaysia memerlukan tenaga manusia yang boleh memikul tanggungjawab menjaga negara. Oleh sebab itu, anak-anak murid perlulah diajar sejak dari kecil lagi. Selain ibu bapa, peranan guru amatlah penting dalam hal ini. Mereka perlu 'dimanusiakan' sejak dari awal bangku sekolah supaya mereka terdidik dengan tatatertib yang betul dan sikap itulah yang akan mereka aplikasikan apabila mereka meningkat dewasa sama ada di peringkat sekolah menengah, kolej, universiti mahupun di tempat kerja kelak.

Bak kata pepatah, 'melentur buluh biarlah dari rebungnya'.

Di sini terdapat video yang sangat menarik untuk ditonton. Semoga anda beroleh nilai-nilai murni melalui video singkat ini. Selamat menonton!